PANTANG

  1. Seelok-eloknya berpuasa atau 4 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
  2. Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
  3. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
  4. Jangan minum air sejuk/air ais kerana akan menyebabkan badan jadi letih dan lesu. Banyakkan minum air suam atau panas,sebaik-baiknya minum madu dan habbatus sauda untuk kesegaran dan kesihatan badan.
"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

No comments:

Post a Comment


Suatu Ikhtiar ... Mencari Yang Halal Itu Fardhu