PANTANG

  1. Seelok-eloknya berpuasa atau 4 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
  2. Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
  3. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
  4. Jangan minum air sejuk/air ais kerana akan menyebabkan badan jadi letih dan lesu. Banyakkan minum air suam atau panas,sebaik-baiknya minum madu dan habbatus sauda untuk kesegaran dan kesihatan badan.
"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

AHLAN BIKUM





ALHAMDULILLAH, selesai berkursus/ perkongsian ilmu bekam pada 29 Januari 2012 ini, ana akan memulakan perkhidmatan bekam di Pusat Rawatan AKRINE Seremban, Rawatan islam al-Jawhari. 


Pusat operasi Bekam al-Jawhari ini beralamat di:
No 700 Jalan Semarak 13, Taman Panchor Jaya, 70400 Seremban

Sila hubungi saya [Ustaz Bukhari] di talian 019-650 8503 (24 jam) untuk janji temu rawatan

KURSUS BEKAM DI PUSAT RAWATAN KASTURI, BBB

ALHAMDULILLAH, hanya padanya kita bersyukur, sempena bulan kelahiran ar-Rasul SAW, banyakkanlah berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, Muallij Nasa [http://perawatsihir.blogspot.com] bersedia berkongsi ilmu bekam, rawatan resdung dan Refleksolgi pada 29 Janri 2012, antara yang hadir ialah, Tn Hj Kamisan, Ustaz Asri, En Amin [PEBATAP : http://muallijbtp.blogspot.com], Ustaz Rosdi [http://terapialbayt.blogspot.com] dan ana sendiri iaitu Ustaz Bukhari [http://akrineseremban.blogspot.com] serta sahabat yang ingin menambah ilmu Allah di dadanya iaitu Saudara Kamarul [http://akrinesenawang.blogspot.com].

Bermula jam 9:45 pagi dengan Bekam [Teori dan Praktikal] sehingga jam 6.00 petang, seterusnya perkongsian ilmu Rawatan Resdung dan berakhir dengan Urutan Refleksolgi. Antara paparannya ialah:










BAGAIMANA SELEPAS BERBEKAM?

Ramai juga yang datang berjumpa terutama mereka yang tidak pernah berbekam akan melontarkan soalan-soalan seperti
  • Bagaimana ye rasanya berbekam? Sakit ke tidak bila di cucuk dengan jarum / pisau tu?
  • Bagaimana dengan Jarum Bekam?
  • Apa rasanya bila sudah selesai berbekam?
  • Bagaimana luka bekas bekam?


Bagaimana ye rasanya berbekam?
 Rasanya apabila dibekam itu adalah seperti tubuh kita diurut. Cuma cara urutannya dengan menggunakan cawan bekam dan bukan dengan tangan. Sakit sikit je, sebab kulit kita disedut masuk sedikit ke dalam cup bekam. Rasanya mungkin seperti anda mencubit kulit menggunakan kelima2 jari anda dan ditarik keluar. Tidaklah berapa sakit kan, dan berbeza jika anda mencubit dengan dua jari yang pastikan agak pedih.

Ada juga para hajjam yang memulakan rawatan dengan urutan menggunakan cup bekam dan melalukan cup itu keseluruh badan atau tempat-tempat point bekam. Ianya juga di kenali sebagai bekam luncur, kemudian barulah dimulakan bekam darah. Salah satu kelebihan bekam luncur ini adalah ia mengenai beberapa titik meridian di badan kita pada satu masa. Dan juga ia merangsang atau melembutkan kulit kita supaya ia bersedia untuk di bekam.



Bagaimana dengan Jarum Bekam?
Jarum bekam adalah jarum yang ditusukkan memakai alat lancing device atau alat untuk mengambil contoh darah ketika kita melakukan uji golongan darah di hospital. Sakitnya hampir tidak terasa kerana kulit kita sudah dirangsang ketika dilakukan bekam kering/luncur terdahulu. Dan kebiasaannya point-point bekam adalah bukan point deria rasa seperti di hujung2 jari kita yang penuh dengan deria rasa.


Jarum2 bekam yang digunakan hanya satu jarum bagi setiap pesakit dan kami amat mementingkan kebersihan oleh itu setiap peralatan yang kami guna akan di steril menggunakan lampu UV bagi setiap pesakit.

Apa rasanya bila sudah selesai berbekam?
Kemudian, setelah selesai berbekam, badan kita akan terasa ringan dan segar terutama jika kita mandi setelah selesai proses rawatan bekam. Ini adalah kerana racun2, toksin, darah kotor, angin dan juga asid uric di tubuh kita telah di keluarkan dan juga titik2 saraf yang bermasalah di tubuh kita telah dirangsangkan.

Luka Bekas Bekam
Luka Bekas berbekam akan kelihatan sampai dengan 2-3 harian, dan sampai benar-benar hilang memerlukan waktu seminggu.

Tapi jangan risau, kerana bekas bekam ini adalah bukti kecintaan kita kepada Rasulallah SAW, kerana bekam itukan SUNNAH beliau, jadi berbanggalah jika kita sudah melaksanakan salah satu daripada sunnahnya dan insyaAllah khasiatnya dijamin dan sudah banyak terbukti.
Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
 

FAKTA BEKAM

PANTANG LARANG BERBEKAM

  1. Seelok-eloknya berpuasa atau 2 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
  2. Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
  3. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
" Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

PERINTAHKAN UMAT KAMU AGAR BERBEKAM, WAHAI MUHAMMAD!

Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Rasul dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Sesiapa yang berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"

(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

MUKJIZAT BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.

Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.

Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.

Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.


'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW

Sesiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

PERINTAH BERBEKAM

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.


KENAPA PERLU BERBEKAM???

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. 
Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.

KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.

Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus, boleh membantu proses penyembuhan. Apabila dilakukan ketika kenyang, boleh menimbulkan penyakit. Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."


WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.


BEKAM vs SIHIR

Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. 
Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

BEKAM DI TENGKUK


Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."


BEKAM DI PELIPIS KENING


Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.


KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.


Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM

  1. Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
  2. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  3. Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  4. Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
  5. Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
  6. Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
  7. Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
  8. Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  9. Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Sumber : Mukjizat Bekam Blog Che Wann

Suatu Ikhtiar ... Mencari Yang Halal Itu Fardhu