Rawatan Bekam dan Resdung

Possing sikit hehehe

Rawatan Ghurah [buang lendir Resdung] + dengan bekam lebih mujarab bi Aunillah









Perkongsian Ilmu Bekam [al-Hijamah]

Alhamdulillah, saya telah mengikuti 1 kursus perkongsian bekam bersama Ustaz al-Azhar [link] di TIAF Teluk Mas Melaka pada 19 Feb 2012 baru-baru ini. Sebuah perkongsian yang menarik, di mana diberikan teknik pembekaman yang lebih mendalam.

Oleh yang demikian, saya mengetahui adanya bekam luncur, bekam tarik, dan lain-lain bekam lagi. Jika berminat untuk mendapatkan rasanya, sila berkunjung ke pusat rawatan Islam al-Jawhari pada alamat yang dinyatakan iaitu :

No 700 Jalan Semarak 13, Taman Panchor Jaya, 70400 Seremban. Sila hubungi saya, Ustaz Bukhari di talian 019-650 8503 (24 jam) untuk janji temu rawatan, Insya-Allah.

PERBEZAAN DERMA DARAH DAN BEKAM DARAH

Sila rujuk, jenguk dan fahami ... Insya Allah ada barokahnya. Hubungi ana untuk pembekaman, Insya Allah ada kelebihan dan manfaatnya. Amien!!!


POINT BEKAM THIBBUN NABAWI

POINT BEKAM THIBBUN NABAWI - UMMU MUGHTIS (Kepala)
Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Nabi Muhammad SAW pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan UMMU MUGHTIS". Point tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar, Hipertensi, Pening Berpusar, Migrain dan juga Sihir.


POINT BEKAM THIBBUN NABAWI -QUMAH DUWAH (Tengkuk) DAN BEKAM BELAKANG KEPALA
Sabda Rasulullah SAW "Hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit".
Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur, meningkatkan daya ingatan, sakit kepala, sakit bahu dan kerongkong.

POINT BEKAM BAHU THIBBUN NABAWI
Bermanfaat untuk penyembuhan lenguh-lenguh/sakit dikawasan bahu, tengkuk, juga berbekam dikawasan tersebut mampu mengurangkan penyakit dengkur, lelah/asma.

POINT BEKAM BADAN THIBBUN NABAWI 
Bermanfaat untuk kesembuhan pada anggota kawasan badan seperti kerap lesu,sakit pada rusuk bahu, lenguh dimana apabila dibekam dikawasan tersebut secara tidak lansung ia melancarkan peredaran darah tubuh badan disamping membuang darah kotor termasuk angin yg menyebabkan badan menjadi tidak sihat, juga mampu mengawal penyakit darah tinggi, lemah jantung dan penyakit-penyakit lain kerana disebabkan darah kotor yang tersimpan dalam lapisan kulit menyebabkan pelbagai penyakit hadir dlm tubuh kita.


BEKAM PINGGANG THIBBUN NABAWI
Bermanfaat untuk peenyembuhan sakit dibahagian pinggang yang kadangkala pinggang terasa berat semasa hendak bangun atau semasa melakukan kerja harian, ia juga bermanfaat untuk mengelakkan dari penyakit-
penyakit lain.

  BEKAM PERMUKAAN LUTUT DAN PELIPAT LUTUT THIBBUN NABAWI
Bermanfaat untuk penyembuhan penyakit sakit sakit lutut, lenguh, terasa kebas kebas, dan baik untuk penyembuhan sakit gout, kencing manis,kaki terasa mencucuk-cucuk. Juga pada yang sihat digalakkan berbekam.
BEKAM DI KAWASAN BETIS THIBBUN NABAWI
Bagi yang ada masalah sakit kaki kebawah atau penyakit lain yang sudah disahkan oleh doktor maka kaedah bekam adalah yang terbaik disamping dimana ini adalah kawasan salah satu titik bekam untuk penyembuhan pelbagai penyakit terutama dibahagian kaki..

BEKAM DIBAHAGIAN BUKU LALI THIBBUN NABAWI 
Dikawasan ini adalah salah satu titik penting yang mesti dibekam pada setiap pesakit yang ada masalah gout, kebas kaki, tatap kaki, kaki terasa berat, sakit semasa memijak atas lantai apabila kulit kaki bersentuhan lantai, terasa mencucuk cucuk. Maka disarankan berbekam dikawasan pinggang kebawah.


BEKAM DIKAWASAN MUKA THIBBUN NABAWI
Bagi yang masalah jerawat, terasa gatal dibahagian kulit muka, kulit mudah rosak maka kaedah bekam adalah yang paling baik dimana bahan kotor seperti toksin/ toksid/ darah kotor akan disedut keluar yang kadangkala akan keluar berbuih buih atau bercampur darah serta lendir.

BEKAM DIATAS PELIPIS MATA THIBBUN NABAWI
Kepada yang ada masalah daya penglihatan, silau semasa memandu diwaktu malam, terasa kabur boleh mencuba kaedah bekam yang terbukti banyak memberi manfaat.

BEKAM SELURUH ANGGOTA TUBUH
Samada golongan Tua Muda yang sihat atau yang mengalami/menghidap penyakit digalakkan berbekam, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri menggalakkan umatnya berbekam, kerana dengan berbekam mampu menyembuhkan 72 penyakit.

PANTANG

  1. Seelok-eloknya berpuasa atau 4 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
  2. Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
  3. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
  4. Jangan minum air sejuk/air ais kerana akan menyebabkan badan jadi letih dan lesu. Banyakkan minum air suam atau panas,sebaik-baiknya minum madu dan habbatus sauda untuk kesegaran dan kesihatan badan.
"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

Suatu Ikhtiar ... Mencari Yang Halal Itu Fardhu